Derma @ PTKS
Kami sentiasa berkomited dan berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan sama ada dari ahli kami ataupun masyarakat umum.
Yuran Ahli
Untuk mempermudahkan anda membuat pembayaran yuran, kami telah menyediakan dua cara iaitu...
Tunaikan Zakat Anda
Kami menjamin semua yang membayar zakat di Persekutuan Telok Kurau, pengagihannya ke 7 asnaf zakat seperti difirmankan Allah S.W.T
Jadi Ahli
Daftar menjadi ahli secara online sekarang Khairat, Dermasiswa, Tawaran Kursus-Kursus Harga Ahli dan lain-lain lagi.
17 PERKARA SETIAP UMAT ISLAM HARUS TAHU TENTANG KEMATIAN DI SINGAPURA!
Jangan Ambil Ringan Atau Remeh Perkara Setiap Insan Pasti Lalui..
Muat Turun Percuma
Alhamdulillah!
Your request is on its way to your email inbox.
Berdaftar dibawah Akta Mutual Benefit Organisation (MBO) Bab 191
PERSEKUTUAN KEBAJIKAN ISLAM TELOK KURAU SINGAPURA yang dahulunya dikenali dengan nama PERSEKUTUAN KHAIRAT KEMATIAN ORANG-ORANG ISLAM TELOK KURAU SINGAPURA, ditubuhkan pada tahun 1941 dan .....
Baca Selanjutnya....
Berpengalaman Dalam Urusan Pengurusan Jenazah & Khairat Kematian
Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau Singapura telah menguruskan dana khairat kematian ahli-ahli dan juga pengurusan jenazah sejak dari tahun 1941.
Lebih Dari
Pengalaman Pengurusan Dana
Ahli Jawatankuasa
Skim Khairat Kematian Membantu Masyarakat
Ahli-ahli yang berdaftar bukan hanya membantu dirinya dan tanggungannya tetapi mereka juga melaksanakan ibadah fardu kifayah.
Contohnya seperti berikut:-
- Digalakkan dalam Islam untuk saling bantu-membantu.
- Ahli tidak lagi perlu khawatir akan apa yang akan berlaku bila tiba masanya untuk mereka kembali ke Rahmatullah.
- Dapat membantu semua muslimin dan muslimat
Berita Terkini di Media Sosial
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
(Al-Maaidah 5:2)

Jadi Ahli
Daftar sebagai ahli untuk meraikan khidmat khairat kematian dan lain-lain lagi khidmat ekslusif

Yuran Ahli
Aktifkan status ahli anda dimana-mana sahaja and berada, secara online. PayNow dan Kad Kredit/Debit diterima

Derma @ PTKS
Kami sentiasa mengalukan derma dan bantuan dari masyarakat agar kami dapat mempertingkatkan lagi perkhidmatan kami

Zakat
Kami menjamin semua yang membayar zakat di Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau, pengagihannya ke 7 asnaf (penerima) zakat

Pengurusan Jenazah
Dengan pengalaman melebihi 81 tahun dalam bidang pengurusan jenazah, kami akan menguruskan sebaik mungkin.

Ibadah Qurban 2024
Dengan kerjasama pegawai Qurban antarabangsa kami menawarkan pakej-pakej Qurban yang antara murah di Singapura

Khidmat Badal Haji
Untuk yang telah pulang ke Rahmatullah atau yang tidak mampu menunaikan atas sebab kesihatan atau keuzuran.
## 🟢 PTKS Kembali Beroperasi — Terima Kasih Atas Sokongan Anda
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli, waris dan sahabat Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau, Singapura (PTKS).
Alhamdulillah, kami kembali beroperasi.
Setelah melalui satu tempoh yang mencabar, perkara-perkara berkaitan pentadbiran Persekutuan telah diselesaikan.
Barisan Ahli Jawatankuasa PTKS yang sah telah dipilih dan kini didaftarkan secara rasmi dengan Registry of Mutual Benefit Organisations (RMBO), Ministry of Culture, Community and Youth (MCCY), Singapura.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli, waris dan masyarakat yang terus memberikan sokongan, kepercayaan dan kesabaran sepanjang tempoh ini.
Kini, fokus kami adalah untuk meneruskan khidmat kepada ahli, memperkemaskan operasi dan pentadbiran, serta membawa PTKS ke hadapan dengan amanah, ketelusan dan tadbir urus yang baik.
🕐 Waktu Operasi Pejabat PTKS
Isnin – Jumaat: 10.00 pagi – 4.00 petang
Sabtu: 10.00 pagi – 1.00 petang
Ahad & Cuti Umum: Tutup
Kami mengalu-alukan ahli yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan berkaitan keahlian dan urusan Persekutuan untuk menghubungi atau mengunjungi pejabat PTKS pada waktu operasi.
Terima kasih kerana terus bersama PTKS. Insya-Allah, kita melangkah ke hadapan bersama.
#PTKS #PersekutuanKebajikanIslamTelokKurau #MCCY #RMBO #MutualBenefitOrganisation #KebajikanIslam #Singapura #KomunitiMelayuSingapura
ptks.org.sg ... See MoreSee Less
0 CommentsComment on Facebook
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Di kesempatan Syawal yang mulia ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026, maaf zahir dan batin kepada seluruh ahli dan keluarga besar Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau, Singapura.
Sekiranya sepanjang tempoh yang lalu terdapat sebarang kesukaran, kekurangan, atau keadaan yang secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang di hati tuan-tuan dan puan-puan, kami dengan rendah hati memohon ampun dan maaf. Bukan niat kami untuk menyusahkan, apatah lagi mengecewakan. Setiap langkah yang diambil adalah demi menjaga amanah dan kelangsungan Persekutuan yang kita cintai ini.
Kami juga memohon doa daripada semua agar segala rintangan yang sedang dan bakal dihadapi dapat diatasi dengan penuh hikmah. Semoga Allah SWT membuka jalan keadilan, memberikan ketenangan hati, dan memelihara maruah serta hak setiap ahli dan seluruh keluarga besar Persekutuan ini.
InsyaAllah, kami selaku ahli-ahli sukarela tetap teguh berdiri bersama. Kami sedia membantu, berkhidmat dan berusaha sebaik mungkin demi menegakkan hak asasi setiap ahli serta memastikan Persekutuan ini terus kukuh, telus dan diberkati.
Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita eratkan silaturrahim, lembutkan hati, dan melangkah ke hadapan dengan sabar, yakin dan bersatu.
إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا
[ الفتح: 1]
Inna fatahna laka fathan mubeena
"Sungguh, Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata."
Al Fath ayat 1
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.
www.ptks.org.sg ... See MoreSee Less
1 CommentComment on Facebook
Assalamualaikum. Adakah Khairat Telok Kurau ini maseh berfungsi? Diberitakan pejabatnya telah ditutup. Bagaimana hendak menghubungi untok urusan jenazah? Wassalam
🌙 Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 🌙
.
Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan penuh rahmat ini.
.
Semoga Ramadhan kali ini membawa ketenangan hati, kesihatan yang baik dan keberkatan rezeki buat seluruh umat Islam di 🇸🇬 Singapura.
.
Ya Allah, ampunilah dosa kami, terimalah ibadah puasa dan solat kami, lindungilah keluarga kami, dan satukan hati-hati kami dalam kebaikan. Jadikan Ramadhan ini titik perubahan ke arah yang lebih baik. 🤲
.
InsyaAllah, kami masih terus berkhidmat seperti biasa untuk anda semua. Jika ada sebarang pertanyaan atau perlukan bantuan, jangan segan untuk hubungi kami.
.
Semoga Ramadhan ini membawa cahaya dan harapan buat kita semua. 🌙✨
.
www.ptks.org.sg ... See MoreSee Less
0 CommentsComment on Facebook